Seorang juruterbang terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas dua pesawat ringan bertembung

2 pesawat berlanggar di udara

LISBON – Seorang juruterbang terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas dua pesawat ringan bertembung ketika melakukan pertunjukan udara di selatan Portugal semalam, lapor portal berita MailOnline.

Insiden berlaku di sebuah pangkalan udara di bandar Beja, ketika enam pesawat milik sebuah pasukan aerobatik dikenali sebagai Yak Stars membuat persembahan.

Tentera Udara Portugal (PAF) dalam satu kenyataan berkata, sebuah pesawat melanggar sebuah kapal terbang  lain sebelum terhempas dan meletup serta membunuh juruterbang warga Sepanyol.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pesawat kedua yang terlibat dalam nahas itu berjaya mendarat di lapangan terbang dengan selamat. Tiada pengunjung cedera dalam nahas itu.

“PAF dengan rasa dukacita memaklumkan pada jam 4.05 petang (waktu tempatan) ketika Pertunjukan Udara Beja, dua pesawat terlibat dalam nahas ketika demonstrasi udara yang disertai enam pesawat,” kata PAF.

PAF membatalkan festival udara terbesar Portugal tersebut sejurus kejadian berlaku.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Portugal, Nuno Melo menyifatkan nahas tersebut sebagai ‘kemalangan tragis’ dan memberitahu pemberita bahawa siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *