Pemandu lori cedera parah langgar lori muatan 40 tan

PAGOH – Seorang pemandu lori parah apabila tersepit ditempat memandu selepas melanggar sebuah lori lain di kawasan lampu isyarat Saujana, dekat sini, pagi ini.

Mangsa yang parah ialah pemandu lori muatan lima tan jenis Hino yang melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan 40 tan jenis Mercedes.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, PBK II jefri Hashim, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.01 pagi dan terus bergegas ke lokasi.

Katanya, seramai tujuh anggota bomba telah membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis, manakala seorang lagi pemandu dan kelindan lori muatan 40 tan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *