BERITA UTAMA

Warga emas ditemukan mati di ladang kelapa sawit – Polis

KUALA KRAI – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditemukan mati di ladang kelapa sawit dekat Pasir Layang, Kampung Bunut Saih, di sini lebih kurang jam 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian dan didapati sudah meninggal dunia lebih kurang lima hari.

“Terdapat kesan gigitan di bahagian tangan kiri dan kanan mangsa dipercayai gigitan binatang buas dan siasatan lanjut juga mendapati mangsa merupakan orang hilang yang dilaporkan kepada polis Rabu lalu.

“Menurut waris, mangsa mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis, jantung dan penyakit alzheimer yang menyebabkan beliau sering kali lupa mengenai perkara yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan pakar perubatan forensik mengesahkan punca kematian tidak dapat dikenalpasti memandangkan keadaan mayat yang telah reput.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dilakukan terhadap mangsa. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *