Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap esok

GEORGE TOWN – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini (esok).

“Saya akan berjumpa Pengarah SPR Pulau Pinang Isnin ini untuk menyerahkan notis rasmi,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Nor Zamri, 56, meninggal dunia pada jam 1.38 tengah hari Jumaat ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan sejak awal bulan ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *