BERITA UTAMA

Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika

ACTIVISION Blizzard, Microsoft, Meta dan Daniel Defense pada Sabtu disaman oleh dua ibu bapa yang kehilangan anak mereka dalam serangan bersenjata di Uvalde, Texas.

Dalam serangan yang berlaku di Robb Elementary School pada 24 Mei 2022, seramai 19 pelajar dan 2 guru meninggal dunia ditembak oleh Salvador Ramos yang merupakan seorang bekas pelajar.

Dalam writ saman yang difailkan, Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty (COD) yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense yang digunakan dalam serangan.

Meta pula didakwa tidak mengawal kandungan pengiklanan yang mendedahkan remaja lelaki kepada senjata.

Akhir sekali, Microsoft turut terpalit kerana mereka kini memiliki Activision Blizzard.

Salvador Ramos ialah seorang peminat permainan COD dan menggunakan Instagram yang digunakan Daniel Defense untuk mengiklankan produk mereka. Ini bukan kali pertama permainan video dipersalahkan selepas berlakunya serangan ke atas sekolah.

Selepas insiden serangan di Columbine pada tahun 1999, permainan video Doom dan muzik Marilyn Manson dipersalahkan kerana didakwa menjadikan Eric Harris dan Dylan Klebold ganas sehingga menyerang sekolah. Seramai 12 pelajar dan seorang guru meninggal dunia di Columbine yang dilihat sebagai pemula epidemik insiden tembak menembak massal di sekolah Amerika Syarikat. – REUTERS

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *