Bekas peserta Mentor, Nabil Zamanhuri meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nabil Zamanhuri,36, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang, pagi tadi.

Berita pemergian Nabil atau nama sebenarnya Nabil Zafril Zamanhuri itu disahkan bapanya, Zamanhuri Amarudin.

Bagaimanapun, Zamanhuri belum dapat memberikan maklumat lanjut mengenai masa dan punca kematian.

Nabil yang juga anak didik kepada Datuk Nora Ariffin menerusi Mentor musim pertama berjaya meraih gelaran naib juara.

Antara lagu popular yang pernah dinyanyikannya seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Selain menyanyi, arwah juga bergiat aktif dalam lakonan filem dan drama seperti Terbaik dari Langit, Aladdin, Ijab Kabut, BoBoiBoy Movie 2 dan Kamelia Katrina.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *