BERITA UTAMA

Juruterbang maut pesawat terhempas ketika pertunjukan udara

LONDON – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja (RAF) Britain maut selepas pesawat tempur Spitfire yang dikendalikannya pada acara Battle of Britain terhempas, demikian menurut Kementerian Pertahanan seperti dilaporkan akhbar The Sun UK semalam.

Jet era Perang Dunia Kedua itu jatuh kira-kira jam 1.20 tengah hari (waktu tempatan) semalam, semasa pertunjukan udara diadakan di pangkalan tentera di Coningsby, Lincolnshire.

Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan anggota perkhidmatan kecemasan berkumpul di sekitar serpihan pesawat berhampiran sebuah rumah.

Acara kali ke-85 itu diadakan bagi memperingati peranan RAF dalam menangkis serangan tentera Jerman ketika perang dunia.

Nahas itu telah disifatkan sebagai tragis oleh para pegawai, tetapi siasatan telah dibuka untuk mengetahui punca pesawat terhempas.

Identiti juruterbang belum dapat disahkan.

Polis, kru ambulans bergegas ke tempat kejadian, manakala sebuah helikopter penyelamat turut berada di lokasi sama. – AGENSI

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *