PULAU PINANG – Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua mereka berusia 19 hingga 67 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan diri itu ditahan di sebuah pondok dusun durian, Jalan Sungai Ara, dekat sini pada 16 Mei lalu.
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan tiga darinya iaitu dua lelaki bersama seorang wanita masih direman hingga 3 Jun.
“Sementara lelaki warga emas berumur 67 tahun direman hingga 20 Mei dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang semalam.
Beliau berkata, polis telah merekodkan keterangan beberapa individu dan akan mengambil keterangan sejumlah lagi individu. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252