BERITA UTAMA

Pacakan bendera PSBM bawah sinaran emas Gunung Sikunir

SELEPAS berjaya memacak bendera Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) di Gunung Sumbing, gunung ketiga tertinggi di Jawa Tengah, Indonesia, minggu lalu, Kapten (B) Che Shariff Othman sekali lagi mencipta kebanggaan pertubuhan itu dengan menakluki puncak Gunung Sikunir.

Gunung berketinggian 2,300 meter dari aras laut itu yang terletak di Desa Sembungan, Kecamatan Sejajar, Kabupaten Wonosobo, Indonesia ditawan oleh Kapten (B) Che Shariff yang merupakan Setiausaha Agung PSBM semalam.

Menurut Presiden PSBM, Datuk Seri Ramle Mat Daly, usaha memacak bendera di gunung tertinggi lagi mencabar di negara Asia itu adalah dalam usaha mempromosi pertubuhan pada mata dunia, khususnya Asian.

“Kami tidak pernah merasa penat dengan menjulang bendera pertubuhan di puncak-puncak gunung tertinggi di Asia mahupun dunia.

“Sebagaimana usaha gigih kami mendaki gunung, begitulah gigihnya usaha kami dalam membantu masyarakat memerlukan.

“Selain membawa nama baik PSBM, usaha kami juga secara tidak langsung menaikkan nama negara, Malaysia. Kerana dalam hati kami, selain pertubuhan yang kami naungi, imej negara yang kami junjung juga tersemat sama,” katanya kepada NasionalDaily di sini, hari ini.

Kata beliau, salah satu keajaiban Gunung Sikunir ialah tempat terpancarnya cahaya keemas an matahari terbit, yang menjadi kegemaran para pendaki di Asia termasuk PSBM. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *