BERITA UTAMA

Ireland umum iktiraf negara Palestin

DUBLIN – Ireland dijangka akan mengumumkan ia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada Rabu, langkah yang ditentang keras Israel.

Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta yang sudah memberi bayangan sejak beberapa minggu lalu akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Kesemua negara ini mempunyai pendirian sama, penyelesaian dua negara adalah penting untuk mengekalkan keamanan di rantau Asia Barat.

Usaha ini menyusul ketika angka korban serangan Israel ke atas Gaza terus meningkat, tanpa mengendahkan desakan komuniti antarabangsa untuk menguatkuasakan gencatan senjata, bagi menamatkan pertempuran, dan menjamin keamanan.

Sejak 1988, 139 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Kerajaan Ireland sebelum ini tegaskan pengiktirafan itu akan membantu usaha keamanan dan menyokong penyelesaian dua negara.

Kementerian Luar Israel dalam reaksi segera, memberi amaran pengiktirafan itu akan mencetus lebih banyak tindakan keganasan, ketidakstabilan di Asia Barat dan menjejaskan prospek usaha damai.

Sehingga kini, Hamas menahan ketika serangan 7 Oktober lalu, yang dakwa Israel, membunuh 1,200 rakyatnya.

Sementara Kementerian Kesihatan Gaza meletakkan angka korban akibat serangan Israel sehingga kini sudah melebihi 35,000 orang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *