Tajuk Utama

    PSBM buka cawangan baharu di Taiping

    TAIPING – Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) dalam usaha memperluaskan empayar khidmat kesukarelawan ahlinya dengan membuka satu lagi cawangan di Ipoh, Perak.

    Menurut Presidennya Datuk Seri Ramle Mat Daly, dengan adanya PSBM di kawasan Taiping, akan melengkapkan matlamat perjuangan NGO itu dalam menyediakan khidmat kesukarelawan membantu golongan memerlukan.

    Beliau yang menyempurnakan perasmian PSBM Taiping semalam, mengumumkan pelantikan Mohamad Shafie Pilus sebagai pengerusi untuk kawasan itu, dengan dibantu barisan kepimpinan yang berpengalaman dalam urusan NGO.

    “Semalam, saya telah menyempurnakan perasmian PSBM Taiping yang diketuai Mohamad Shafie.

    “Ini melengkapkan kewujudan PSBM di seluruh negara dan menjalani khidmat mengikut kesesuaian keperluan semasa oleh masyarakat yang memerlukan.

    “Sebelum ini, PSBM di seluruh negara sudah berkhidmat dengan cemerlang di peringkat akar umbi seperti memberi sumbangan mengikut keperluan,” katanya kepada NasionalDaily di sini, hari ini.

    Majlis perasmian itu turut dihadiri mantan Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Sameon dan kepimpinan PSBM peringkat pusat, negeri dan daerah.

    Sebelum itu, ahli PSBM Daerah Taiping termasuk kawasan Krian diraikan dengan program makan malam bersama masyarakat setempat.

    Antara aktiviti PSBM pusat dan negeri sama ada dalan negeri mahupun luar negara ialah menyumbang barangan berbentuk pakaian kanak-kanak yang pernah dihantar kepada masyarakat di Kampung Seliku, Nabawan, Sabah.

    “Pakaian ini untuk dipakai menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Bantuan dan sumbangan ini dihantar menggunakan khidmat Kapal TLDM ke Kota Kinabalu.

    “Pergerakan dari Kota Kinabalu mengambil masa lapan jam perjalanan sehingga sampai ke destinasi Kampung Seliku, Nabawan yang diwakili Setaiusaha PSBM Terengganu, Nasir,” katanya.

    Bagi sumbangan di luar negara, PSBM lebih menumpukan masyarakat di beberapa daerah di Indonesia, selain lawatan muhibbah di Selatan Thailand. – NasionalDaily- NasionalDaily

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *