BERITA UTAMA

Lelaki ditemui rentung dalam flat di Damansara Damai

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira 8 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.

Beliau berkata lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Damansara, digerakkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.30 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan malam tadi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *