BERITA UTAMA

Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat terbaik

KUALA LUMPUR – Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Pastinya pemain badminton negara optimis melakukan yang terbaik terutamanya kelebihan beraksi di laman sendiri.

Tumpuan kem badminton pastinya tertumpu kepada beregu utama lelaki negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik, yang merupakan pilihan utama kejohanan bagi sektor itu kali ini.

Aaron dan Wooi Yik, optimis bahawa peluang untuk mereka cipta sensasi sebagai juara bagi kategori beregu lelaki sangat tinggi bagi mereka.

Untuk rekod kali terakhir pasangan beregu lelaki negara berjaya catat kejuaran dalam kategori ini adalah pada tahun 2013 yang dirangkul oleh Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Bagi mereka. inilah masanya untuk menamatkan penantian 11 tahun apabila beraksi di laman sendiri.

Manakala bagi pemain perseorang lelaki utama negara Lee Zii Jia berjanji meneruskan momentum cemerlangnya dalam Terbuka Thailand ke Masters Malaysia minggu ini.

Zii Jia yang baru sahaja menjuarai kejohonan itu dua hari lalu bersemangat menjelang aksinya yang dijangka mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan.

Zii Jia merupakan pilihan kelima di Malaysia Masters akan menentang pemain China, Zhao Jun Peng, dalam pusingan pembukaan, Rabu ini.

Walaupun ketiadaan beberapa pemain utama, perseorangan lelaki kejohanan siri super 500 itu masih dipenuhi ramai pemain berkualiti dengan pilihan utama, Viktor Axelsen, Anders Antonsen, serta Li Shi Feng.

Bagi beregu utama wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah pula, persiapan rapi telah dilakukan mereka.

Pasangan itu juga menjanjikan untuk memberi tumpuan kepada mata demi mata yang akan diperoleh dan nyata misi fokus pada setiap perlawanan yang akan dilalui oleh mereka nanti.

Sebelum ini, Pearly dan Thinaah terpaksa menarik diri daripada beberapa siri kejohanan termasuk Piala Uber susulan kecederaan yang dialami.

Namun, pasangan beregu itu optimis untuk melakukan terbaik, setelah hampir menjuarai kejohanan ini pada tahun lalu, selepas tewas dalam perlawanan akhir yang sengit menentang pasukan dari Korea Selatan Baek Ha Na dan Lee So Hee, 20-22, 21-8, 17-21.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *