KUALA LUMPUR – Sesiapa dapat menakluk puncak Gunung Sumbing di Jawa Tengah, Indonesia, ia merupakan satu kejayaan bagi para pendaki kerana mempunyai ketinggian 3,371 meter dari aras laut.
Pendakian yang mengundang pelbagai kepayahan itu tidak pernah dijadikan alasan oleh seorang wira dari Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM), Kapten (B) Che Shariff Othman untuk menjejak kaki ke puncak memacakkan bendera pertubuhannya.
Tarikh 20 Mei 2024 iaitu semalam, tercatat satu lagi sejarah berharga dan bermakna bagi PSBM, apabila bendera keramatnya dipacak megah dipuncak ketiga gunung tertinggi di Pulau Jawa.

Kapten (B) Che Shariff adalah Setiausaha PSBM pusat dan merupakan pemimpin hebat masa kini yang membawa naik nama NGO itu dipersada pengemar pendaki gunung tertinggi dunia.
Beliau bersama 10 pendaki yang lain sampai ke puncak dengan pendakian bermula pada 19 Mei bermula di Base Kem Aria Post 4, sebelum sampai ke destina kira-kira tiga jam kemudian.
“Dia adalah ahli pertubuhan ini dan merupakan orang yang hebat dalam dunia pendakian. Dia bersama 10 pendaki lain telah memulakan pendakian pada 19 Mei dan berjalan di Base Kem Aria Post 4 sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Sumbing setinggi 3,371 meter.
“Pendakian bermula jam 5 pagi dan rombing sampai di puncak tiga jam kemudian. Peserta yang mengikuti ekspidisi kali ini terdiri pelbagai latarbelakang pekerjaan, antaranya doktor, pengetua maktab penguruan, pesara kerajaan, akauntan syarikat swasta dan ahli perniagaan bergelar Datuk.
“InshaAllah jika diberikan peluang dan diizikan kesihatan dilain waktu banyak lagi puncak di seantero dunia akan dikibarkan bendera PSBM,” katanya Presidennya, Datuk Seri Ramle Mat Daly.
Beliau banyak memberikan sokongan moral dan menaja peruntukan kewangan bagi menjayakan misi PSBM Kepuncak Sumbing.
Gunung Sumbing mempunyai kawasan hutan dipterocarp bukit, hutan dipterocarp atas dan hutan ericaceous atau hutan gunung yang menambahkan lagi cabaran pendakian.
Gunung Sumbing ini merupakan gunung ketiga tertinggi di Pulau Jawa selepas Gunung Semeru dan Gunung Slamet. Ia termasuk dalam tiga kabupaten iaitu Kabupaten Magelang, Kabupaten Temanggung dan Kabupaten Wonosobo. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252