BERITA UTAMA

Israel keluarkan mayat tebusan dari terowong Hamas di Gaza

BAITULMAQDIS – Tentera Israel semalam mendakwa mayat empat tebusan yang diambil dari Gaza minggu lalu ditemui dalam terowong di bawah Jabalia, lokasi tentera yang terbabit dalam pertempuran sengit sejak kebelakangan ini.

Tentera berkata, pada minggu lalu berkata mereka menemui mayat Ron Benjamin, Yitzhak Gelerenter, Shani Louk dan Amit Buskila, yang semuanya dikatakan terbunuh dalam serangan Hamas di selatan Israel sejak 7 Oktober.

Mayat mereka ditemui ‘dalam terowong bawah tanah di Jabalia di utara Gaza’, kata tentera Israel dalam kenyataan lewat semalam.

Menurut tentera Israel, ketika operasi ketenteraan, pihaknya menggeledah sebuah bangunan yang disyaki di mana terletaknya lubang terowong.

“Askar kemudian memasuki laluan terowong bawah tanah ketika operasi malam dan melakukan pertempuran dari dalamnya,” katanya.

Kata tentera, ketika pertempuran itu pihaknya ‘mencari mayat tebusan dan mengeluarkannya dari terowong’.

Menurut kenyataan tentera pada minggu lalu, Gelerenter, Louk dan Buskila dibunuh dan diculik dari festival muzik Nova, manakala Benjamin dibunuh di persimpangan Mefalsim dengan mayatnya dibawa ke Gaza.

Beribu-ribu golongan muda berkumpul pada 6 dan 7 Oktober lalu untuk menyertai tarian muzik elektronik di acara pesta Nova yang diadakan berhampiran Re’im kibbutz, berhampiran sempadan Gaza.

Sementara itu, menurut pegawai Israel, pejuang dari Hamas yang bergerak dari Gaza dan membunuh lebih 360 orang pada festival itu.

Bilangan mangsa yang terbunuh akibat festival Nova menyumbang hampir satu pertiga daripada lebih 1,170 orang terkorban dalam serangan 7 Oktober, dengan kebanyakannya terdiri daripada orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.

Daripada 252 mangsa yang dijadikan tebusan pada hari itu, 124 masih ditahan di dalam Semenanjung Gaza termasuk 37 yang dikatakan tentera sudah meninggal dunia.

Serangan balas Israel terhadap Hamas pula membunuh sekurang-kurangnya 35,562 orang di Gaza, juga kebanyakan orang awam, menurut data yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan wilayah yang dikendalikan Hamas.

Sejak awal bulan ini, tentera Israel telah terlibat dalam pertempuran jalanan yang diperbaharui di utara dan tengah Gaza.

Pada Jumaat lalu, tentera memberitahu AFP pertempuran di bandar utara Jalalia disifatkan ‘mungkin paling sengit’ dalam tempoh lebih tujuh bulan perang berterusan.

Pertempuran di utara dan tengah Gaza meletus lagi apabila tentera memulakan serangan di bandar yang terletak lebih jauh di selatan Rafah pada 7 Mei. – AFP

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *