BERITA UTAMA

Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah

PASUKAN mencari dan menyelamat kini dalam perjalan ke kawasan yang dipercayai tapak nahas helikopter melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar negara itu Hossein Amirabdollahian.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.

Katanya, 73 pasukan termasuk unit anjing pengesan terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) berkenaan namun ia menjadi sukar akibat cuaca hujan dan kabus tebal di kawasan itu.

Agensi berita Fars melaporkan tapak nahas yang dikesan oleh dron Turki itu terletak 100 kilometer (km) dari bandar Tabriz, sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Tavil.

Katanya dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.

Menurut pakar penerbangan dan bekas juruterbang helikopter, Paul Beaver, keadaan awan, kabus tebal dan cuaca sejuk mungkin menyebabkan nahas helikopter berkenaan.

Terdahulu, helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev,

Penduduk tempatan dilaporkan mendengar ‘bunyi kuat’ di wilayah berkenaan tidak lama selepas itu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *