BERITA UTAMA

Pencarian Presiden Iran selepas ‘kemalangan’ helikopter diperhebatkan

MOSCOW – Rusia menghantar pasukan penyelamat ke Iran untuk membantu mencari helikopter membawa Presiden Ebrahim Raisi, yang hilang di lereng gunung berkabus, umum Moscow awal pagi tadin.

“Atas permintaan pihak Iran, penyelamat dari Kementerian Keadaan Kecemasan Rusia akan membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” tulis kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram.

Pasukan itu, yang terdiri daripada 47 pakar dengan peralatan yang diperlukan, kenderaan pelbagai guna, serta sebuah helikopter BO-105 akan menuju ke bandar barat laut Tabriz.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, ketika menghadiri pertemuan dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, di sempadan Azerbaijan-Iran, pada 19 Mei 2024. – Foto REUTERS

Iran terjerumus dalan kebingungan semalam susulan kehilangan helikopter membawa Raisi, dalam apa yang disifatkan media kerajaan sebagai ‘kemalangan’.

Kebimbangan semakin meningkat untuk ultrakonservatif berusia 63 tahun itu selepas terputus hubungan dengan pesawat yang membawanya serta Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan yang lain di wilayah Azerbaijan Timur, kata laporan itu.

Pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, menggesa rakyat Iran supaya tidak bimbang mengenai kepimpinan republik Islam itu, dengan mengatakan: “tidak akan ada gangguan dalam pentadbiran negara”.

Selain Russia, bantuan dari luar negara, termasuk Iraq, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Syria dan Turki, serta dari Kesatuan Eropah (EU) sudah mula mengaktifkan perkhidmatan pemetaan tindak balas pantasnya untuk membantu usaha pencarian. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *