BERITA UTAMA

Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut

JOHOR BAHRU – Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, pada awal pagi Jumaat belum dituntut ahli keluarganya.

Mayat itu sudah selesai menjalani proses bedah siasat dan kini disimpan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Walaupun, bedah siasat sudah selesai, tetapi proses pengebumian suspek masih tidak dapat dilakukan walaupun kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram, Batu 19, Kampung Sungai Tiram sudah sedia sejak Sabtu lalu.

Petugas media berada di tanah perkuburan itu sejak jam 1 tengah hari dan sehingga jam 8 malam ini, belum ada tanda-tanda jenazah akan kebumikan.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati persiapan bagi pengebumian jenazah sudah dilakukan dengan memasang khemah biru.

Kedudukan kubur yang sudah siap digali itu terletak di hujung tanah perkuburan tersebut iaitu kira-kira 300 meter dari kubur lain.

Selain itu tidak kelihatan polis atau ahli keluarga termasuk saudara dan rakan suspek hadir di tanah perkuburan tersebut sehingga jam 6 petang.

Suspek sebelum ini tinggal di Jalan Robani, Kampung Sungai Tiram iaitu tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut.

Dalam kejadian pada jam 2.30 pagi Jumaat, dua anggota di Balai Polis Ulu Tiram, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala seorang lagi parah selepas ditetak dan tembak suspek.

Anggota polis yang cedera akibat ditembak itu kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *