Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian sekitar 2.54 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pistol dan parang turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, manakala yang maut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasatan.

Sementara itu, Astro AWANI difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sedang dalam perjalanan menuju ke Balai Polis Ulu Tiram.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *