BERITA UTAMA

Askar Israel terbunuh dalam serangan di sempadan Gaza-Mesir

MESIR – Tiga askar Israel terbunuh dalam serangan roket didakwa dilancarkan sayap bersenjata Hamas, berhampiran bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Sayap bersenjata Hamas mengaku bertanggungjawab atas serangan ke atas lintasan Kerem Shalom ke Gaza pada Ahad, yang menurut Israel, mengakibatkan tiga askarnya maut.

Tentera Israel berkata, 10 peluru dilancarkan dari Rafah di selatan Gaza menuju ke kawasan lintasan yang kini dikatakan sudah ditutup untuk membantu trak masuk ke kawasan pinggir pantai. Lintasan sempadan lain masih dibuka.

Sayap bersenjata Hamas berkata, pihaknya menembak roket ke pangkalan tentera Israel di tepi lintasan, namun tidak mengesahkan tempat serangan itu dibuat.

Lebih sejuta rakyat Palestin berlindung di Rafah, berhampiran sempadan Mesir.

Menurut pegawai perubatan Palestin, sejurus selepas serangan Hamas, serangan udara Israel mengenai sebuah rumah di Rafah, mengakibatkan tiga imdividu terkorban dan beberapa penduduk tercedera.

Tentera Israel mengesahkan serangan balas itu, mereka mendakwa bedilan mengenai pelancar tempat peluru Hamas dilepaskan, serta struktur tentera berdekatan.

“Serangan dilakukan Hamas, bersebelahan dengan Lintasan Rafah contoh jelas eksploitasi sistematik pertubuhan itu terhadap kemudahan dan ruang kemanusiaan serta manipulasi berterusan terhadap penduduk awam Gaza sebagai perisai,” katanya.

Hamas menafikan pihaknya menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, menjelang tengah malam tadi, serangan udara Israel mengorbankan sembilan rakyat Palestin termasuk seorang bayi di kediaman berasingan di Rafah.

Katanya, serangan baharu itu menyebabkan angka kematian pada Ahad meningkat kepada sekurang-kurangnya 19 orang.

Israel sebelum ini berikrar untuk memasuki bandar selatan Gaza dan mengusir keluar pasukan Hamas di sana, namun tenteranya berdepan tekanan yang semakin meningkat supaya dilancarkan genjatan senjata.

Operasi ketenteraan berterusan Israel berupaya menggagalkan usaha kemanusiaan yang semakin sukar di Gaza dan mengundang risiko lebih besar terhadap nyawa orang awam.

Serangan pada Ahad ke atas lintasan itu berlaku ketika harapan menjadi semakin kabur bagi rundingan gencatan senjata yang dijalankan di Kaherah. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *