Angka korban rakyat Palestin hampiri 34,700 berikutan serangan Israel

ANKARA – Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, seramai 78,018 lagi cedera dalam serangan itu.

“Serangan Israel mengakibatkan 29 maut dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh 24 jam lalu,” lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan kementerian itu.

Ramai mangsa masih lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat menghampiri mereka, katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Serangan Israel selama lebih enam bulan mengakibatkan banyak bangunan dan kediaman musnah menyebabkan 85 peratus daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, selain menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *