Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan

ROM – Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke selatan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

McCain mengesahkan menurut laporan diterbitkan di laman sesawang organisasi itu populasi di Semenanjung Gaza menghadapi kekurangan makanan yang akut selepas tujuh bulan diserang Israel.

Beliau berkata kenyataannya datang daripada apa yang wakil program itu saksikan di lapangan.

“Memang betul menggerunkan dan amat sukar untuk melihat atau mendengarkannya, diharap satu gencatan senjata akan dicapai,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Organisasi bantuan kemanusian telah memberi amaran beberapa bulan lepas bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah menjurus penduduk wilayah itu ke ambang kebuluran. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *