BERITA UTAMA

Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata

JITRA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).

Muhammad Sanusi berkata, beliau adalah manusia biasa yang tidak maksum dan permohonan maaf itu dibuat bagi pihak dirinya dan kerajaan negeri selama berkhidmat sebagai Menteri Besar dan atas kapasiti politik.

Beliau menyifatkan, sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri masing-masing.

“Sebagai individu, pastinya ada perbezaan sikap dan watak pada diri masing-masing. Inilah yang membezakan antara satu dengan yang lain.

“Apabila ditakdirkan kita diangkat menjadi pemimpin, perbezaan sikap dan watak itu haruslah ditangani dengan nilai yang adil dan saksama,” katanya.

Beliau berucap sedemikian sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra,di sini, pada Sabtu.

Hadir sama,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau menambah, pendekatan dalam menangani perbezaan ini haruslah berdasarkan topi yang dipakai, medan berbeza dan tanggungjawab yang sedang dilaksanakan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *