Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, isteri batal tuduhan rasuah

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan bekas ketua menteri, Lim Guan Eng, isterinya serta seorang ahli perniagaan untuk batalkan tuduhan rasuah projek bernilai RM11.6 juta.

Penolakan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Rofiah Mohamad, yang turut menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes.

Susulan keputusan itu, perbicaraan kes rasuah berkaitan projek penginapan pekerja asing bernilai RM11.6 juta yang dihadapi oleh Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, akan diteruskan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *