Tajuk Utama

    Seorang maut, rakan parah tayar jentolak meletup

    SUNGAI BULOH – Polis daerah ini mengesahkan gambar yang tular menunjukkan dua individu terbaring berlumuran darah adalah kejadian tayar jentolak meletup di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh.

    Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, seorang dari individu terbabit meninggal dunia ketika mengisin angin jentolak berkenaan.

    Katanya, ketika itu tiba-tiba tayar berkenaan meletup menyebabkan seorang pekerja maut dan seorang lagi parah.

    “Gambar yang tular itu adalah kejadian benar yang berlaku di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh pada Selasa lalu.

    “Kita mengesahkan kejadian itu berlaku pada 30 April lalu pada jam 12.40 tengah hari.

    “Hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku ketika dua lelaki tempatan yang juga pekerja di pusat servis berkenaan mengisi angin tayar sebuah jentolak dan tiba-tiba meletup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Akibat kejadian itu, katanya seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

    “Mangsa yang maut berusia 19 tahun, manakala mangsa yang parah berusia 21 tahun dan kedua-duanya adalah pekerja di pusat servis tayar berkenaan.

    “Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan SDR dibuka berkait kes ini,” katanya. – Nasionaldaily

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *