Program Executive Talk on Islamic di UMSKAL

JABATAN Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan Program Executive Talk on Islamic Finance di Dewan Kuliah Pusat 1 UMSKAL.

Program itu disertai seramai 300 peserta daripada pensyarah dan penuntut jurusan kewangan Fakulti Kewangan Antarabagsa UMSKAL.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah yang berpengalaman luas sebagai penasihat syariah kepada beberapa institusi kewangan dan perbankan Islam telah mengupas pelbagai isu kontemporari kewangan Islam serta cabaran semasa berkaitan.

Program yang julung kali diadakan ini adalah sebahagian dari komitmen dan persefahaman dua hala JMWP-UMSKAL bagi membangunkan penyelidikan dan pembangunan berkaitan falak, pembangunan insan dan kewangan Islam.

Kedua belah pihak sedang menyediakan dokumentasi bagi mematerai perjanjian persefahaman yang akan memberi manfaat bersama.

Program turut dihadiri Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid; Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan; Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal; Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), FKAL, Dr. Hasanah Husin; dan pegawai kanan JMWP, pensyarah serta kakitangan UMSKAL. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *