BERITA UTAMA

Lelaki terjun Jambatan Taman Victoria dikhuatiri lemas

NIBONG TEBAL – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang melaporkan menerima panggilan kecemasan mengenai tindakan seorang lelaki terjun sungai.

Menerima panggilan pada jam 9.37 malam tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan BBP Butterworth bergegas ke lokasi untuk kerja penyelamatan lelaki berumur 28 tahun itu.

“Lokasi kejadian berlaku di Jambatan Taman Victoria, Jalan Victoria, Nibong Tebal, Pulau Pinang,” kata Komander Operasi PBK II Ahmad Zaki Sabri.

Katanya, mangsa telah meninggalkan keretanya jenis Proton BLM bersama dokumen peribadi.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan Bomba dan PKB telah dibuka di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, di Sandakan, Sabah, JBPM negeri menerima panggilan mengenai kebakaran rumah di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun Batu 28, Sandakan pada jam 12.41 tengah malam tadi.

Pasukan Bomba dari BBP Sandakan seramai 12 anggota yang diketuai Komander Operasi PBK II (KUP) Saidha Yulius bergegas ke tempat kejadian dengan jentera FRT dan VIGO.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar sepenuhnya.

Terdapat seorang mangsa warga emas perempuan ditemui rentung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *