BERITA UTAMA

Che’gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi

JOHOR BAHRU – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che’gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada kira-kira jam 8.50 pagi Selasa.

Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung hantaran mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial.

Pada Isnin, Badrul Hisham, 45, dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan memfitnah dan menghasut dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali. – Laporan Sinar Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *