Suami kongsi gambar kahwin baharu, status Irma Hasmine jadi persoalan

TIADA angin mahupun ribut, suami kepada pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer memuat naik hantaran gambar perkahwinan dengan seorang wanita di Instagram (IG). 

Dalam hantaran itu, Redza menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita terbabit.

“Bismillah. Perjalanan baharu bermula. Fokus adalah keluarga, karier dan masa hadapan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari,” tulisnya. 

Harian Metro cuba menghubungi Irma untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan mengenai perkahwinan suaminya, namun gagal dihubungi.

Tinjauan Harian Metro ke IG Irma menyaksikan tiada hantaran baharu dimuat naik sejak lima hari lalu, selain hantaran ulang siar di IG Story.

Terdahulu, pada Februari lalu, Harian Metro melaporkan Irma enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga dan hal peribadinya apabila diajukan persoalan mengenai perkara terbabit.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *