BERITA UTAMA

Majlis Santapan Diraja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu

KETUA Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Majlis Santapan Diraja Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Dewan Santapan Diraja, Istana Syarqiyyah malam tadi.

Berangkat sama, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd. Rahman.

Sempena hari keputeraan baginda yang disambut secara rasmi pada 26 April lalu, baginda turut berkenaan mengurniakan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada 104 individu di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, pagi tadi.

Yang turut hadir, kerabat-kerabat Diraja Terengganu, pembesar Negeri Terengganu, Ketua Polis negeri, DCP Datuk Mazli Mazlan bersama isteri, Datin Nur Izzati Shafii dan Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Datuk Wan Rukman Wan Hassan bersama isteri, To’ Puan Dr. Norazah Mislan serta dif-dif kenamaan lain. – Nasionaldaily

Kredit: Jurugambar Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *