Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta?

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendakwa, penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Negeri Selangor di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) esok bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

NGO itu turut mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka berkenaan kerana majlis itu dianjurkan di kawasan dan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bakal diadakan.

“Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya.

“Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan).

“Kerajaan Selangor juga perlu sedar disebabkan penganjuran rumah terbuka ini menggunakan sumber kerajaan negeri, mereka perlu memastikan majlis tersebut tidak digunakan sebagai platform untuk memperkenalkan calon daripada komponen parti kerajaan,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Seterusnya, kata Bersih, berkempen memasang bendera dan kaedah kempen yang lain bertujuan untuk memenangkan calon mereka juga menyalahi peraturan.

Bersih turut menegaskan, penggunaan sumber kerajaan bukan sementara seperti kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan ketika tempoh PRK seperti di PRK KKB itu perlu mematuhi prinsip 3C yang digariskan oleh NGO itu sebelum ini iaitu No Conditions (Tanpa Syarat), No Campaign (Tanpa Kempen) dan No Candidate (Tiada Calon).

Justeru, Bersih mengingatkan parti politik atau mana-mana calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya itu dan bercadang menganjurkan majlis rumah terbuka peringkat parti atau kapasiti masing-masing supaya tidak berbuat demikian kerana aktiviti tersebut bercanggah dengan AKPR.

“Bersih sekali lagi menegaskan kepada semua pihak yang akan bertanding dalam PRK KKB ini terutama kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan mematuhi etika kempen supaya pilihan raya dapat berjalan dengan bersih dan adil,” kata Bersih. – Nasionaldaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *