BERITA UTAMA

Polis terima laporan kekecohan berhampiran masjid

GEORGETOWN – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kekecohan yang berlaku berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini, semalam, membabitkan sekumpulan orang awam dengan pemandu kereta.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku ketika jenazah mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, Allahyarham Muhammad Firdaus dibawa dengan penuh istiadat ke Tanah Perkuburan Islam berhampiran masjid.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, laporan berkenaan dibuat seorang lelaki yang juga pemandu kereta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, tengah malam tadi.

“Berhubung kejadian itu, polis sudah terima satu laporan daripada seorang lelaki yang juga pemandu kereta berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Cermin kereta pada bahagian pemandu pecah, namun pemandu kenderaan itu tidak cedera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, insiden berkenaan berkenaan menjadi tular di media sosial menerusi beberapa klip video.

Menerusi ruangan komen, individu yang mendakwa berada di lokasi ketika kejadian, pemandu kereta terbabit disifatkan sebagai tidak sabar dan tidak menghormati urusan istiadat berkenaan.

Difahamkan lebih 1,000 jemaah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM itu. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *