BERITA UTAMA

Sultan Selangor zahir dukacita dan takziah buat keluarga mangsa helikopter terhempas

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak, pagi tadi.

Sultan Sharafuddin selaku Kepten Yang Dipertua TLDM turut menzahirkan rasa terkejut dengan insiden yang mengorbankan 10 kru yang juga anggota TLDM terbabit.

“Selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, beta ingin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM ini.

“Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda,” titah baginda menerusi catatan di Facebook Selangor Royal Office,

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman.

Baginda bertitah, pemergian 10 anggota TLDM itu adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *