Lawatan rasmi kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menerima kunjungan dan lawatan rasmi delegasi kerajaan Arab Saudi yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) of the Saudi Food Drug Authority (SFDA), HE Dr. Hisham Aljadhey.

Beberapa agensi yang turut serta dengannya ialah Pihak Berkuasa Pembangunan Eksport Saudi (SEDA), Organisasi Piawaian, Metrologi & Kualiti Saudi (SASO), Pusat Akreditasi Saudi (SAAC), Pusat Halal Saudi (SHC) dan Syarikat Pembangunan Produk Halal (HPDC).

Lawatan rasmi itu adalah kesinambungan daripada lawatan rasmi Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Halimah Yusof ke Arab Saudi pada 24 Januari lalu.

Dalam lawatan beliau membincangkan berkenaan tindakan lanjut ke atas kerjasama yang dimeterai melalui memorandum kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi berkaitan Saling Mengiktiraf Pensijilan Halal untuk Produk Tempatan pada 25 Mei tahun lalu.

Dalam siri lawatan ini, delegasi Arab Saudi telah mengadakan kunjung hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Seterusnya mereka melanjutkan kunjungan rasmi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) JAKIM bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan analisis, penyelidikan serta kajian yang telah dan sedang dilakukan di Malaysia seiring dengan perkembangan industri halal di negara ini. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *