Persiapan akhir Flotilla ke Gaza

ISTANBUL – Sukarelawan antarabangsa pelbagai agama dan bangsa Flotilla ke Gaza sedang mengadakan persiapan terakhir sebelum berangkat belayar ke Gaza beberapa hari lagi.

Dalam usaha murni mereka hendak memecahkan sekatan zionis Israel dengan menghantar bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas kepada penduduk Palestin di Gaza, kumpulan berkenaan mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah, Raja Bahrin Shah yang berada di Istanbul berkata, antaranya ialah kemungkinan dihalang dan diserang oleh rejim brutal zionis Israel seperti pernah berlaku kepada kapal Mavimarmara dan Flotilla ke Gaza sebelum ini dan ada sukarelawan telah ditembak serta ditangkap.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Walaupun kita berdoa untuk terbaik, tetapi persiapan rapi keselamatan diri dan jiwa mesti diadakan menghadapi segala kemungkinan.

“Latihan simulasi menghadapi serangan dan serbuan telah diadakan bagi persediaan psikologi dan fisikal berdepan dugaan tersebut.

“Latihan beberapa hari telah diadakan yang disertai juga ketua rombongan Malaysia seperti Datuk Seri Dr. Kamal Nasharuddin, Kamarul Zaman, Dr. Fauziah Hassan dan Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh yang pernah menyertai Flotilla ke Gaza dan ditangkap oleh rejim Israel,” katanya.

Beliau menyatakan, tidak ketinggalan antara penggerak utama kumpulan antarabangsa itu ialah bekas tokoh Diplomat US Kolonel Anne Wright yang turut menyertai latihan tersebut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Marilah kita berdoa untuk keselamatan dan kepulangan mereka dalam keadaan yang baik setelah menghantar bekalan ke Gaza, Insya-Allah,” katanya. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *