BERITA UTAMA

Wanita suspek simbah air panas ditahan

BAYAN LEPAS – Suspek simbah air panas ke atas seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) sindrom down di Jalan Rajawali I-Park, di sini, semalam sudah ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md. Zain berkata, wanita berusia 39 tahun itu ditahan di bawah apartment berkenaan pada jam 9.12 malam.

“Polis menahan wanita itu di bawah apartment berkenaan ketika pulang ke rumahnya.

“Kita turut merampas beg tangan dan bekas air yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

“Suspek dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai seorang lelaki OKU berusia 33 melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah air panas oleh jirannya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada dalam keadaan stabil.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 20 saat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BH Online

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *