“Saya tidak munafik dengan berpura-pura baik” – Bella Astillah

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik foto dengan kapsyen ‘makan dalam’.

Dalam hantaran di Instagram itu, Bella mengakui dia bukanlah orang yang baik dan tidak perlu dianggap baik.

Tetapi, sekurang-kurangnya dia tidak perlu bersikap munafik dengan berpura-pura baik di hadapan orang.

Baharu beberapa jam dimuat naik, perkongsian telah meraih ribuan tanda suka serta komen daripada pengikut.

Rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diberikan Bella;

“Banyak bunyi (cakap) si Ruhainies tu. Lepas tu acah-acah tidak bersalah. Apa kata Bella post saja rakaman video dalam kereta Aliff Aziz. Nak tengok (dengar), dia (Ruhainies) pusing (alasan) apa pula.

“Bermakna.. kan.. betul. Aku suka kau. Yang acah-acah muka macam Nora Danish tu. Jauh beza betul. Nora Danish kelas yang sangat tinggi. Yang ditangkap basah itu memang gila nakkan orang laya, tapi tak dapat-dapat.

“Walau apapun yang mereka berdua kemaskini di media sosial, awak tetap menang, Bella. Awak tumpu pada anak-anak. Insya-Allah akan ada lelaki yang lebih baik dari dia (Aliff Aziz).

“Jangan risau Bella. Pakai telekung 24 jam pun dia tidak akan dapat tutup aib dia kena tangkap basah, (Ruhainies) jangan acah-acah alim pula.

Namun, ada juga yang memetik nama suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies yang sering berkongsi petikan agama. – ND

Kredit: Bella Astillah

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *