SEMALAM kecoh di media sosial apabila pelakon terkenal, Nora Danish mendedahkan dirinya satu keluarga terpaksa tinggal di hotel selama empat bulan selepas ditipu kontraktor
Menerusi hantaran Instastory miliknya, dia tidak mampu lagi bersabar dan tidak sangka dengan kontraktor yang dianggap adik melakukan penipuan.
Nora menjelaskan, proses pengubahsuaian kediamannya itu sepatutnya selesai Januari lalu, tetapi tidak siap-siap walaupun bayaran telah dibuat.
Pelakon itu juga memberi tempoh sampai minggu depan kepada kontraktor terbabit untuk menyiapkan semua pengubahsuaian sebagai amaran terakhir.
“Dari Januari patut siap, duit sudah bayar 90 peratus. Sekarang sudah masuk April.. nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polislah jawapannya.
“Kontraktor ini memang buat hal. Kawan kepada Cairil. Saya akan lapor polis terhadap kamu berdua kalau rumah saya tidak siap dalam minggu depan,” tulis Nora.
Tidak tahan empat bulan menginap di hotel, Nora mendedahkan dia dan keluarga sudah tiga bulan tinggal bersama ibunya.
“Ini semua salah saya sebab percayakan orang yang sudah dianggap macam ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki.
Difahamkan, Nora Danish sudah memberi banyak peluang sehingga kehidupan dia dan keluarga tidak tentu arah.
Tambahnya, semua baju yang dibawa ada dalam beg plastik dan keadaan itu menjadikan dia susah untuk memulakan kerja.
Pelakon itu juga sempat memberi amaran kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam memilih kontraktor dan kawan. – ND
Kredit: Instagram
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!
