Menteri arah siasat insiden beras dibuang

KUALA KRAU – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan siasatan segara dijalankan pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berhubung insiden timbunan beras.

Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kes itu, yang menyaksikan ribuan kampit beras dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, dekat sini.

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak KPB Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang.

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar yang segera,” katanya ringkas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, media melaporkan timbunan kampit beras dalam jumlah yang besar, dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah berdekatan Kuala Krau, Pahang, sehingga menimbulkan persoalan ramai.

Menerusi klip video dan gambar yang tersebar di media sosial sejak semalam, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Kampung Gunung Senyum-Rumpun Makmur, Kuala Krau.

Bukan hanya kampit beras, difahamkan pelbagai lagi stok makanan kering dalam kuantiti yang banyak turut dilonggokkan di lokasi sama. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *