KUCHING – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak mengadakan perbincangan dengan mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) Universiti Teknologi Sarawak (UiTM).
Dalam perbincangan itu, wakil ahli FSPPP menyatakan hasrat untuk mengadakan kolaborasi Pertandingan Pidato Suara Mahasiswa Kenyalang dengan mengangkat tema Pemimpin Masa Depan: Membangunkan Karakter dan Integriti dalam Kepimpinan.
Pengarah DBP Sarawak, Abang Haliman Abang Julai menyambut baik jemputan kolaborasi itu bagi membina kerjasama sinergi dengan institusi pendidikan UiTM.
Menurut beliau, DBP sangat menyokong penganjuran pertandingan pidato itu yang dianggap selari dengan matlamat pihaknya dalam memperkasa dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ini katanya, menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, lebih lagi di peringkat pengajian tinggi.
“Pertandingan Pidato Suara Mahasiswa Kenyalang ini dijangka diadakan pada 15 Jun ini sempena Dekad Bahasa Kebangsaan dan sambutan ulang tahun DBP ke-68 yang berlangsung sepanjang bulan Jun,” katanya.
Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera, Ja’afar Hamdan; Penolong Pengarah Promosi dan Pengiktirafan, Stephanie Lenya Chaong dan beberapa pegawai DBP. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!