KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, belum sedarkan diri.
Mangsa yang dipanggil Along itu adalah pengawal peribadi kepada Farah Md. Isa atau Farah Cie.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Farah Cie berkata, beliau masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan matanya.
“Mohon maaf, mesej bertalu tidak berbalas… sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri.
“Sama-sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala. Amin,” katanya yang dipetik BH Online hari ini.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi semalam.
Katanya, kejadian membabitkan seorang suspek lelaki yang dikenal pasti identitinya dan dipercayai sudah melarikan diri ke Utara.
Beliau berkata, kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, kejadian berlaku di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 pada 1.15 pagi.
“Seorang lelaki tempatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah wanita yang merupakan isterinya,” katanya. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!