BERITA UTAMA

Anggota tentera tersepit dalam kemalangan

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor melaporkan seorang anggota tentera cedera apabila tersepit di tempat memandu dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Beruntung, pagi ini.

JBPM negeri yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.41 pagi, telah memaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa untuk bantuan.

Komander Operasi, PBK II Zaffrool Md. Zahri berkata, seramai lima anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan jentera LFRT.

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah lori milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah lori orang awam.

Bagaimanapun, lori orang awam telah tiada di lokasi ketika anggota bomba tiba.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 20an iaitu anggota Tentera Darat didapati telah tersepit di bahagian kaki.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan diserahkan kepada petugas perubatan KKM untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *