BERITA UTAMA

Suspek kes tembak KLIA diberkas polis di Kota Bharu – KPN

KUALA LUMPUR – Polis sudah memberkas suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI.

Menurutnya, suspek berusia 38 tahun itu ditahan di Kota Bharu, Kelantan, pada kira-kira jam 3 petang.

“Kita baru tahan suspek di Kota Bharu.

“Sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi semalam, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan itu.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dihantar ke hospital berdekatan dan kini dilaporkan stabil.

Setakat ini polis sudah merekodkan keterangan 11 suspek. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *