BERITA UTAMA

Lelaki rentung dalam kereta

KLUANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melaporkan seorang renting dalam kemalangan membabitkan kereta di Simpang Tiga, Felda Ulu Belitong, Kluang, di sini.

Bertindak atas maklumat, sebuah jentera LFRT bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas panggilan diterima.

Komander Operasi Kanan, PPgB Nizar Mamun berkata, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dianggarkan 95 peratus hangus.

Kata beliau, anggota Bomba yang tiba di lokasi telah bertindak menjalankan operasi pemadaman kenderaan tersebut.

“Dalam kejadian itu, kita menemukan seorang mangsa yang terperangkap dan telah rentung dalam kereta tersebut. Mayat mangsa diserahkan kepada polis.

“Tiga Pegawai Penyiasatan Kebakaran JBPM Johor turut hadir di lokasi kejadian bagi menjalankan penyiasatan terhadap kejadian kes tersebut dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.

Mangsa berusia 34 tahun dikenali sebagai Shahrizan Jum ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan terbaring pada kira-kira jam 1 pagi.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan, sebuah kereta, motosikal dan rumah hangus terbakar di Kampung Karamatoi, Sook, Sabah awal pagi ini.

Seramai tujuh anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Ranizan Samirin ke lokasi kebakaran sejauh 32 kilometer.

Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah bersama sebuah motosikal yang hangus 100 peratus dan turut terbakar sebuah kereta Proton Iswara yang mengalami kebakaran 10 peratus.

“Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan sumber air dari jentera dan air terbuka iaitu sungai berdekatan.

Operasi terkawal pada jam 3.15 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 3.55 pagi. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *