BERITA UTAMA

Lagi cubaan bunuh diri di Jambatan Sultan Yahya, Kota Bharu

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melaporkan telah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.48 pagi tadi mengenai insiden cubaan bunuh diri di Jambatan Sultan Yahya di sini.

Pasukan Bomba daripada BBP Balai Kota Darul Naim seramai 10 anggota bergegas ke tempat kejadian bersama satu unit jentera FRT.

Komander Operasi, PKPgB KUP Ahmad Fakarudin Berahim mengesahkan mangsa adalah seorang lelaki berumur lingkungan 30-an.

“Mangsa telah diselamatkan orang awam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *