BERITA UTAMA

Hati-hati beli, makan produk tidak kenal pasti status halal – Jakim

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta umat Islam berhat-hati sebelum membeli dan makan produk yang tidak dapat dikenal pasti status halal.

Menurut kenyataan dikeluarkan, ini merujuk kepada marshmallow, antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya.

Merujuk kepada Laporan Khas Buletin Utama TV3 bertarikh 23 Mac lalu berkaitan penghasilan marshmallow yang dijual di pasaran adalah bersumberkan daripada gelatin haiwan, Jakim memaklumkan, maklumat dikongsikan itu merupakan hasil penyelidikan oleh Timbalan Pengerusi Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Prof. Dr. Sahilah Abdul Mutalib.

“Oleh kerana gelatin adalah bahan ramuan kritikal yang boleh terhasil dari sumber tidak halal seperti haiwan, sebagai umat Islam kita mestilah berhati-hati sebelum membeli atau makan produk yang tidak dapat dikenalpasti status halalnya.

“Bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang hendak dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim,” kata kenyataan itu.

Sebarang kemusykilan mengenai status halal produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, boleh disemak di www.halal.gov.my/v4 atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar Verify Halal atau Smart Halal. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *