BERITA UTAMA

133 pemenang hadiah Bonanza Cukai Taksiran DBKL

SERAMAI 133 pembayar cukai taksiran berjaya memenangi hadiah Bonanza Cukai Taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tahun 2024.

Hadiah disampaikan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi, Ismadi Sakirin kepada pemenang pada majlis yang berlangsung di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, hari ini.

Inisiatif menganjurkan Bonanza Cukai Taksiran DBKL 2024 merupakan salah satu cara DBKL menghargai pemilik harta yang membayar cukai taksiran dan tidak mempunyai sebarang tunggakan.

Selain itu, ia juga merupakan tarikan kepada pemilik akaun yang mempunyai tunggakan untuk menjelaskan cukai taksiran mereka.

Kereta, motosikal, basikal elektrik, tablet, dinar emas serta pelbagai barangan elektrik adalah antara hadiah yang ditawarkan dengan anggaran keseluruhan bernilai RM390,000.

Untuk rekod, pemenang telah dipilih melalui sesi cabutan yang telah disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi DBKL pada 21 Mac lalu.

DBKL merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pemilik harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah memberi komitmen untuk menjelaskan bayaran cukai taksiran pada setiap tahun.

Ia merupakan nadi kepada pelaksanaan pembangunan dan pengurusan bandar raya Kuala Lumpur yang lebih cekap dan efisien. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *