BERITA UTAMA

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri mencemar duli berbuka puasa bersama warga PDRM

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Keberangkatan tiba baginda berdua telah disambut Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama isteri, Datin Seri Norhayati Musa; Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan isteri, Datin Zarina Idris; serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Terdahulu, baginda berdua berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan Ketua Imam Masjid Sallehin PULAPOL, Ustaz Muhammad Rashidi Ab Hamid.

Baginda berdua kemudiannya berangkat ke Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim menikmati juadah berbuka puasa.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bersama isteri, Datin Seri Hamisah Hussin; Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Ruji Ubi dan isteri, Datin Kamariah Abd. Rahman; Timbalan KPN, Datuk Seri Ayob Khan Mydin serta isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin; Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan isteri Datin Hjh. Aniza Abdul Rahim; Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zulkifli Abidin; Duta-duta serta perwakilan asing ke Malaysia. – NasionalDaily

Kredit: jurugambar Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *