BERITA UTAMA
Putra bantah pasukan Duta Online KPKT, membazir wang rakyat

Putra ajak bersolidariti beli produk Melayu Islam

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan menggerakkan kesedaran orang ramai supaya membeli di pasar raya dan kedai milik orang Melayu, Islam.

Naib Presidennya, Datuk Asmawar Samat berkata, yang pasti produk dijual terjamin halal berbanding kedai bukan Islam.

Katanya, ia juga membantu meningkatkan kegiatan ekonomi terutama pengusaha produk yang dihasilkan orang Melayu, Islam.

“Masa depan politik orang Melayu bergantung kepada kekuatan ekonomi. Golongan minoriti mula menguasai politik kerana kekuatan ekonomi yang mereka kuasai.

“Kuasa politik tanpa kekuatan ekonomi umpama seperti tong kosong yang membawa ke arah menang sorak kampung tergadai.

“Sekarang sudah menjadi kenyataan, ditambah pula pemimpin Melayu-Islam leka dan asyik mengejar kepentingan diri sehingga rasuah menjadi budaya hidup,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Asmawar yang juga Pengerusi Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan dan Aduan Awam Putra berkata, bermula Ramadan tahun ini, beliau mengajak umat Islam dan orang Melayu untuk sama-sama meningkatkan azam serta bersolidariti menyokong produk yang dijual saudara seagama dan bangsa.

Ujar beliau, bahan makanan untuk ternakan seperti ayam misalnya, belum ada tanda halal dan tentu menyukarkan umat Islam membezakan bekalan yang keluar dari ladang orang Islam atau bukan Islam.

“Timbul keraguan misalnya, ke atas bahan makanan ayam mengandungi bahan tidak halal iaitu sumber dari babi. Ini melibatkan kandungan darah, tulang dan lemak haiwan haram itu.

“Oleh itu, Putra menggesa Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta lain-lain jabatan berkaitan melakukan siasatan, kajian dan membuat pengumuman rasmi secara terbuka bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan dalam membeli produk halal.

“Putra juga menyeru umat Islam jangan hangat-hangat tahi ayam, bila timbul sesuatu isu mereka seperti bunyi guruh di langit, tapi hari tak hujan. Pepatah Melayu mengingatkan ‘genggam bara api biar sampai jadi arang’,” katanya.

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *