KERTEH – Seorang maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM329.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 Kerteh menghala Paka, Terengganu, awal pagi tadi.
Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu lori tiga tan yang mengalami kecederaan parah selepas bertembung dengan lori kargo dan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh, TPgB II Baharim Muhammad Hashim berkata, laporan mengenai kejadian diterima pada jam 1.52 pagi tadi melibatkan kemalangan tiga kenderaan.
Katanya, seramai sembilan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti.
“Kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori tiga tan, sebuah lori kargo satu tan dan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger.
“Kemalangan ini melibatkan tiga mangsa. Pemandu lori tiga tan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemandu kenderaan jenis Ford Ranger yang merupakan seorang lelaki dewasa tersepit dan mengalami kecederaan, manakala pemandu lori kargo tidak mengalami sebarang kecedaraan. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I